I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 6, 2010

:: BALIK KAMPUNG!!! ::


setelah meng'countdown' hari demi hari,detik demi detik,saat demi saat akhirnya tibalah jua hari yang paling dinantikan oleh pelajar2 USIM,terutamanya kami sebagai pelajar2 ichemtech. semua dah siap packing barang seminggu awal lagi sebelum balik kampung,menunjukkan semangat beraya di kampung di kalangan kami membuak2. :) segala persiapan pada hari-hari terakhir giat dijalankan untuk dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing. 

persiapan otak kanan kiri juga turut dibawa pulang sebagai persediaan untuk menghadapi test bersempena mid-sem untuk subjek principle of chemistry dan tidak lupa juga titas. agak kaco jugak mood raya kami tahun ini sebenarnya,tambahan pula ada seorang di kalangan kami yang terpaksa mengorbankan masa rayanya dan pulang awal ke Nilai untuk pergi ke latihan medan di Mersing,Johor [SISPA]. namun begitu raya tetap raya dan mesti disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran atas kemenangan kita menjalani ibadat puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan,kemenangan kita juga dalam menghadapi musuh kita yang paling degil,nafsu...  ^_^


::sesi lecture tip-tip keselamatan sebelum pulang ke kampung :D::


:: sesi bermaaf-maafan sebelum pulang :) ::




:: posing sebentar sebagai tanda kenang-kenangan :P ::



:: ole-ole untuk mak ayah tidak pernah dilupakan  :P  ::

Akhir kalam, kami ingin mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman masing-masing dan jaga keselamatan anda ketika pulang berhari raya,terutamanya perempuan,jangan sesekali pulang berseorangan.ok?
keselamatan di jalan raya juga perlu diambil berat kerana setiap tahun menjelang hari raya,pasti kemalangan di jalan raya jadi berita hangat,jadi berhati2 ya!


SELAMAT PULANG KE KAMPUNG & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~


berbuka puasa bersama madam ravinder kaur! :)

baru2 ni grup ichemtech 1 telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama madam ravinder kaur,guru BI 2 kami. majlis ini diadakan julung2 kali bersama guru non-muslim kami yg sporting habes!! :) diharap ukhwah antara kami ini akan berkekalan hingga akhir hayat kami.  thanx a lot madam 4 ur support!!
nisa,wani,sema,kak ya,huda,jibam,hajar
ubay,asyuk,ed,kucai
bergambar kenangan bersama madam ravinder
enak menjamu selera dengan nasi ayam mak cik eton...air,madam support! hee :)
sentiasa mesra bersama. kekalkan!

Saturday, September 4, 2010

K.I.T.A ~

gambar pertama kami sebagai batch ichemtech ke-3 USIM      

the ichemtech's guls~
ichemtech group 1
ichemtech group 2

tinta emas dari ichemtech 3rd batch USIM~

salam buat teman2 semua..wah!akhirnya batch ichemtech USIM ke-3 sudah mempunyai blog sendiri...bermakna kemajuan ichemtech batch ni sudah ditahap yang boleh dibanggakan.. :) seiring dengan visi ichemtech 3rd batch sebagai kos termaju dalam FST..

jadi,sebelum kita meninjau lebih jauh tentang perihal dalaman ichemtech,eloklah kita usha dulu carta organisasi ichemtech 3rd batch yang baru sahaja diselaraskan pada 30 Ogos 2010 (isnin) sehari sebelum kita menyambut hari kmerdekaan negara kita yg ke-53..tujuan penyelarasan semula struktur organisasi ini adalah untuk mnjamin dasar kpimpinan ichemtech yang berkualiti supaya apa2 perancangan untuk menaikkan nama ichemtech dapat dijalankan dengan lancar hasil kerjasama yang sangat bagus antara ahli2 ichemtech..


CARTA ORGANISASI ICHEMTECH 3rd BATCH 2010/2011


AHLI MAJLIS TERTINGGI

Penasihat          :            Dr. Mohd Hafez bin Mohd Esa

Pengerusi          :            Ahmad Kushairi bin Embong

N. Pengerusi     :            Fatin Malyanah binti Abdul Aziz
                                                                   
Setiausaha         :           Ahmad Farabi bin Mohamad Saman                                         

N. Setiausaha    :           Norbaishatul Umairah binti Noromi

Bendahari          :           Mohd Adham bin Chek Azam

N. Bendahari     :           Khalilah binti Badarusham



AHLI MAJLIS PELAKSANA

Biro Pelaksanaan Aktiviti           :         Muhammad Syukri bin Jumari
                                                                   Najibah binti Saiful Bahrin


Biro Akademik                              :          Mohd Sofian bin Abdullah
                                                                     Nurul Jannah binti Jamaluddin


Biro Tarbiyyah & Kerohanian     :          Muhammad Nazmin bin Mohd Yusoff
                                                                     Syarifah Safwah binti Abd Sani


Biro Dokumentasi &                      :         Muhammad Ubaydullah bin Khairuddin
                           Multimedia                     Najihah binti Hashim



Ketua Ichemtech 1                       :         Izzat Fuad bin Mohd Amin
Pen. Ketua Ichemtech 1              :          Nadrahtul Huda binti Misral

Ketua Ichemtech 2                       :        Muhammad Ajmal bin Junit
Pen. Ketua Ichemtech 2              :        Mariam binti Masri


jadi,itulah antara ahli2 jawatankuasa yang telah dilantik berdasarkan undian majoriti dari sahabat2 ichemtech 3rd batch juga. Apa yang kita nak lihat adalah keberkesanan sistem pentadbiran ichemtech ini dari semasa ke semasa dalam kita mengharungi tempoh pembelajaran kita di USIM selama 4 tahun dalam bidang Teknologi Kimia Industri. Sama2 lah kita bersatu hati n jiwa dalam memajukan nama batch kita di peringkat universiti,insyaALLAH.

-salam tinta dari ubaydullah-