I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 14, 2010

final exam semester-0ne~


pada 22 november 2010 ini bermulalah final exam bagi semua pelajar di USIM tetapi bagi pelajar tahun 1,ini merupakan final exam  mereka bagi semester 1. final exam ini akan bermula pada 22 november ini sejurus selepas naik cuti bersempena hari raya aidiladha ini sehingga 3 disember 2010. 2 minggu kot. seusai final, semua pelajar tahun 1 akan mengikuti ALSP ( Arabic Languange Support Programme) & ELSP ( English Languange Support Programme) yang bermula pada 8 disember-11 disember & 12 disember-15 disember 2010 masing2.niway,kami pelajar2 ichemtech 3rd batch ingin mengucapkan selamat berjuang pada teman2 untuk final exam ni.setelah kita berusaha & bertawakal,maka pada Allah lah tempat terakhir untuk kita mohon segala2nya.. :) good luck!

petua menjadi pelajar cemerlang menurut Al-Quran~

teman2 inginkan petua2 untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja teman2 berada? :)
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah s.w.t titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

macam mana teman2? boleh jadi pelajar cemerlang tak?? :) insyaAllah,kamu semua boleh! amin~ teman2 ingatlah,dalam kita mengejar kejayaan di dunia,kejayaan akhirat juga perlu kita kejar.dapat dua2,alhamdulillah..teman2 adalah hamba Allah yang sangat berjaya..seiring dengan misi kerajaan sekarang nak melahirkan graduan yang serba boleh,perlu kita ingat juga bahawa kejayaan kita bukan semata2 pada akademik,nak jadi nerd??tolonglah..hehe :) perlu kita tumpu n mantapkan kemahiran insaniah kita atau dalam englishnya,soft skills.tu yang penting,barulah boleh jadi pelajar yang cerdas minda,mampu bergerak kehadapan menyahut cabaran kehidupan masakini..

ichemtech 3rd batch semester-0ne video

hari terakhir lecture kimia,presentation oleh grup2 yang masih belum membentangkan topik2 tertentu yang telah diberikan oleh dr. Hafez.disaat ini seorang hamba Allah telah mem'bikin' video ini dalam masa setengah jam sahaja ketika idea terlintas di fikiran beliau.video ini didedikasikan khas buat semua pelajar ichemtech 3rd batch bagi mengimbau kembali kisah2 kami yang telah kami tempuhi sepanjang semester satu ini.sama2 lah kita saksikan... :) ( act,dah tunjuk kat semua pelajar ichemtech 3rd batch,tapelah,tayangan kali kedua.. :)

video

sambutan aidilfitri ichemtech 3rd batch~

salam semua..kisah kami,pelajar2 ichemtech 3rd batch kembali menemui teman2 lagi.. :) seminggu selepas kami bercuti di kampung halaman masing2 bersempena aidilfitri yang lepas,kami telah mengadakan majlis sambutan aidilfitri ichemtech 3rd batch di foyer fakulti sains & teknologi.alhamdulillah..kalimat syukur diucapkan kepada Allah s.w.t..segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang.. :) hasil kerjasama yang sangat mantap antara kedua2 grup ichemtech ini...tahniah semua!

 pelajar2 ichemtech 3rd batch bergambar kenangan sebelum majlis sambutan aidilfitri ini berakhir pada jam 10 malam


mengimbas kembali perancangan sebelum majlis ini diadakan,telah banyak yang telah dilakukan oleh AMT & AJK pelaksana ichemtech 3rd batch bagi memastikan majlis yang dirancang berjalan seperti yang dibincangkan di antara kami semua sejurus selepas sesi kuliah kimia oleh dr. Hafez,penasihat kami.maka berlaku pembahagian tugas diantara kami untuk memastikan segala persiapan menjelang majlis siap sedia n  hanya menunggu untuk dijalankan.malangnya,2 hari sebelum majlis ini diadakan, berlaku masalah pada kertas kerja kami apabila prof. Jailani Sukaimi,dekan FST tidak meluluskan kertas kerja ini atas faktor perbelanjaan yang dianggap membazir.bagi AJK & AMT majlis ini,perkara ini cukup membimbangkan mereka sehingga tidak dapat tidur malam kerana memikirkan kelancaran majlis ini serta kegembiraan rakan2 ichemtech kami lain yang semangat untuk sama2 menjalankan majlis ini.

sehari sebelum majlis ini diadakan yang merupakan saat2 genting pada kelancaran majlis ini,maka 4 orang daripada kami telah bersedia untuk berdepan sendiri dengan prof. Jailani untuk menyatakan dengan jelas hasrat murni kami menjalankan majlis ini seterusnya memberitahu prof bahawa perbelanjaan adalah atas kerelaan n mencukupi untuk majlis ini. rupanya kami tidak perlu berdebat dengan prof apabila sebaik sahaja kami memberitahu mngenai perbelanjaan,prof serta merta meluluskan kertas kerja tersebut dihadapan kami sendiri.terukir sebuah senyuman di bibir kami berempat & dlm hati, 'alhamdulillah..jika Allah nak tolong,Allah akan tolong hambaNya yang berada dalam kesusahan..maka besoknya,majlis ini diadakan dengan begitu gemilang sekali walau pada hakikat,rakan2 kami yang lain tidak mengetahui akan apa yang berlaku sehari sebelum majlis.. :) syukur padaMu Ya Allah~ segala2nya adalah datang daripada kudratMu,tiada upaya kami..

 karaoke mini yang didendangkan oleh azziq dahfik dan duetnya,izzat fuad.. ;)

 keceriaan yang terpamer pada wajah masing2

 unsur kerjasama yang begitu utuh membuatkan majlis yang diadakan berjalan lancar

 hasil kerjasama pelajar2 ichemtech 3rd batch

 pelajar2 lelaki mengambil tugas untuk membakar BBQ 

 jejaka2 tampan ichemtech 3rd batch

pelajar2 ichemtech 3rd batch akhirnya dapat makan dengan puas setelah berpenat lelah membanting tulang untuk menjayakan majlis ini.


semoga kerjasama antara kita terus gah untuk program2 yang akan datang,InsyaAllah~ :)