I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 14, 2010

sambutan aidilfitri ichemtech 3rd batch~

salam semua..kisah kami,pelajar2 ichemtech 3rd batch kembali menemui teman2 lagi.. :) seminggu selepas kami bercuti di kampung halaman masing2 bersempena aidilfitri yang lepas,kami telah mengadakan majlis sambutan aidilfitri ichemtech 3rd batch di foyer fakulti sains & teknologi.alhamdulillah..kalimat syukur diucapkan kepada Allah s.w.t..segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang.. :) hasil kerjasama yang sangat mantap antara kedua2 grup ichemtech ini...tahniah semua!

 pelajar2 ichemtech 3rd batch bergambar kenangan sebelum majlis sambutan aidilfitri ini berakhir pada jam 10 malam


mengimbas kembali perancangan sebelum majlis ini diadakan,telah banyak yang telah dilakukan oleh AMT & AJK pelaksana ichemtech 3rd batch bagi memastikan majlis yang dirancang berjalan seperti yang dibincangkan di antara kami semua sejurus selepas sesi kuliah kimia oleh dr. Hafez,penasihat kami.maka berlaku pembahagian tugas diantara kami untuk memastikan segala persiapan menjelang majlis siap sedia n  hanya menunggu untuk dijalankan.malangnya,2 hari sebelum majlis ini diadakan, berlaku masalah pada kertas kerja kami apabila prof. Jailani Sukaimi,dekan FST tidak meluluskan kertas kerja ini atas faktor perbelanjaan yang dianggap membazir.bagi AJK & AMT majlis ini,perkara ini cukup membimbangkan mereka sehingga tidak dapat tidur malam kerana memikirkan kelancaran majlis ini serta kegembiraan rakan2 ichemtech kami lain yang semangat untuk sama2 menjalankan majlis ini.

sehari sebelum majlis ini diadakan yang merupakan saat2 genting pada kelancaran majlis ini,maka 4 orang daripada kami telah bersedia untuk berdepan sendiri dengan prof. Jailani untuk menyatakan dengan jelas hasrat murni kami menjalankan majlis ini seterusnya memberitahu prof bahawa perbelanjaan adalah atas kerelaan n mencukupi untuk majlis ini. rupanya kami tidak perlu berdebat dengan prof apabila sebaik sahaja kami memberitahu mngenai perbelanjaan,prof serta merta meluluskan kertas kerja tersebut dihadapan kami sendiri.terukir sebuah senyuman di bibir kami berempat & dlm hati, 'alhamdulillah..jika Allah nak tolong,Allah akan tolong hambaNya yang berada dalam kesusahan..maka besoknya,majlis ini diadakan dengan begitu gemilang sekali walau pada hakikat,rakan2 kami yang lain tidak mengetahui akan apa yang berlaku sehari sebelum majlis.. :) syukur padaMu Ya Allah~ segala2nya adalah datang daripada kudratMu,tiada upaya kami..

 karaoke mini yang didendangkan oleh azziq dahfik dan duetnya,izzat fuad.. ;)

 keceriaan yang terpamer pada wajah masing2

 unsur kerjasama yang begitu utuh membuatkan majlis yang diadakan berjalan lancar

 hasil kerjasama pelajar2 ichemtech 3rd batch

 pelajar2 lelaki mengambil tugas untuk membakar BBQ 

 jejaka2 tampan ichemtech 3rd batch

pelajar2 ichemtech 3rd batch akhirnya dapat makan dengan puas setelah berpenat lelah membanting tulang untuk menjayakan majlis ini.


semoga kerjasama antara kita terus gah untuk program2 yang akan datang,InsyaAllah~ :)

No comments:

Post a Comment