I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 6, 2010

:: BALIK KAMPUNG!!! ::


setelah meng'countdown' hari demi hari,detik demi detik,saat demi saat akhirnya tibalah jua hari yang paling dinantikan oleh pelajar2 USIM,terutamanya kami sebagai pelajar2 ichemtech. semua dah siap packing barang seminggu awal lagi sebelum balik kampung,menunjukkan semangat beraya di kampung di kalangan kami membuak2. :) segala persiapan pada hari-hari terakhir giat dijalankan untuk dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing. 

persiapan otak kanan kiri juga turut dibawa pulang sebagai persediaan untuk menghadapi test bersempena mid-sem untuk subjek principle of chemistry dan tidak lupa juga titas. agak kaco jugak mood raya kami tahun ini sebenarnya,tambahan pula ada seorang di kalangan kami yang terpaksa mengorbankan masa rayanya dan pulang awal ke Nilai untuk pergi ke latihan medan di Mersing,Johor [SISPA]. namun begitu raya tetap raya dan mesti disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran atas kemenangan kita menjalani ibadat puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan,kemenangan kita juga dalam menghadapi musuh kita yang paling degil,nafsu...  ^_^


::sesi lecture tip-tip keselamatan sebelum pulang ke kampung :D::


:: sesi bermaaf-maafan sebelum pulang :) ::




:: posing sebentar sebagai tanda kenang-kenangan :P ::



:: ole-ole untuk mak ayah tidak pernah dilupakan  :P  ::

Akhir kalam, kami ingin mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman masing-masing dan jaga keselamatan anda ketika pulang berhari raya,terutamanya perempuan,jangan sesekali pulang berseorangan.ok?
keselamatan di jalan raya juga perlu diambil berat kerana setiap tahun menjelang hari raya,pasti kemalangan di jalan raya jadi berita hangat,jadi berhati2 ya!


SELAMAT PULANG KE KAMPUNG & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

1 comment: